TARIKAN UTAMA
& IKTIBAR BERHARGA:
1. Gua Al-Kahfi – Tanda kebesaran Allah SWT dan
nilai Iman
2. Medan peperangan Yarmuk & berakhirnya
kekuasaan Empayar Rom Timur di bumi Syam & bukti Khalid bin Al-Walid
radhiallahu anhu sebagai panglima perang terhebat dalam sejarah manusia!! Tidak
hairan kalau Rasulullah mengelarkannya sebagai ”Saifullah Al-Maslul” (Pedang
Allah yang terhunus)
3. Pokok Rasulullah sallallahu alaihe wasalam
dipercayai menjadi tempat teduhan baginda dalam peristiwa berdagang ke Bosra,
Syria
4. Petra – Simbol kesementaraan sebuah keagungan
& salah satu dari 8 benda ajaib dunia (8th wonders of the world)
5. Laut Mati – mukjizat Al-Quran & teladan untuk
manusia
6. Medan peperangan Mu’tah – Berita dari langit
& semangat juang + pengorbanan diri para Sahabat radhiallahu anhum
7. Makam para Syuhada’s Panglima perang Mu’tah –
Zaid bin Harithah radhiallahu anhu, Ja’far bin Abi Talib radhiallahu anhu dan Abdullah bin Rawahah radhiallahu anhu.
8. Masjid Al-Aqsa – tempat Mikraj Nabi sallallahu
alaihe wasalam dan bumi Mansyar dan Mahsyar
(bumi tempat dibangkitkan semua manusia dari kubur dan dihimpunkan untuk
penghisaban) & bumi hijrah Nabi Ibrahim alaihe salam
HARI 01 : KLIA/ABU DHABI/AMMAN [MT/MM]
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum
penerbangan ke Amman melalui Abu Dhabi jam 7:20 petang dengan
pesawat Etihad Airways.
HARI 02 : AMMAN - JERICHO - JERUSALEM [SP/MT/MM]
Ketibaan di Lapangan Terbang
Queen Alia di Amman, anda akan disambut oleh wakil kami,
solat subuh di
Masjid. Selepas sarapan pagi di
hotel, Selepas sarapan pagi
di hotel,
bertolak ke Jerusalem
melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat yang dipercayai pernah menjadi
persinggahan Nabi Musa alaihe salam (kini merupakan sebuah masjid), sampai di
Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi sallallahu alaihe wasalam di tanah
perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul & perawi
hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari radhiallahu anhu, menyertai
Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58 Hijrah di
usia 75 thn. Rasulullah sallallahu alaihe wasalam bersabda mengenai beliau
maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan
makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari radhiallahu anhu, qadhi
Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di
usia 72 thn, juga seorang perawi Hadis Rasulullah sallallahu alaihe wasalam.
Menziarahi Masjid Al-Aqsa yang terdiri
dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur
kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi sallallahu alaihe wasalam), masjid Al-Qiblah, melawat ”The Wailing Wall” (tempat ibadat
orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di sini), hotel,
makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai Jordan di Tebing
Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke utara Laut Mati, ia
merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni manusia).
HARI 03 : JERUSALEM - HEBRON - BETHLEHEM - JERUSALEM [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi
ziarah bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid Khalilulrahman Nabi Ibrahim
alaihe salam dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan isterinya Rifqah, ke
Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as (terletak
dalam Gereja Nativity), Makam Nabi Yunus alaihe salam, ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini anda boleh bergambar
berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi makam Sahabat Nabi sallallahu
alaihe wasalam; Salman Al-farisi dan
wali Allah Rabi’atul Adawiyyah, menziarahi Old City of Jerusalem (Muslim
Quarter) melalui Jaffa Gate, Dataran Saiyidduna Umar bin Al-Khattab radhiallahu
anghu, Menziarahi Masjid Umar, melihat dari luar Church of Holy Sepulcher
(dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat Nabi Isa alaihe disalib) dan
sekali lagi anda berpeluang menziarahi Masjid Al-Aqsa ( Dome of the Rock dan
Masjid Al-Qiblah) dan lain-lain tempat suci di sekitarnya.
HARI 04 : JERUSALEM - PETRA [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi menziarahi makam sahabat Nabi sallallahu alaihe
wasalam di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh; sahabat unggul
& perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari radhiallahu anhu,
menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis 58
Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah sallallahu alaihe wasalam bersabda mengenai
beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.” dan
makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari radhiallahu anhu, qadhi
Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah di
usia 72 thn, juga seorang perawi Hadis Rasulullah sallallahu alaihe wasalam. sekali lagi anda berpeluang menziarahi Masjid
Al-Aqsa (Masjid Buraq, Masjid Al-Qiblah lama dan Masjid Al-Marwani), Wailing
Wall di Old Jerusalem dan selepas makan tengahari bertolak pulang ke Jordan.
Terus ke Petra, bermalam di Petra.
HARI 05 :
PETRA
- MU’TAH - KARAK - IRBID [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi; lawatan di kota Petra berusia
ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean, lawatan melalui gaung (the Sig),
sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana episod terakhir filem India Jones-
The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded
Street dll. Ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran
peperangan Mu’tah (peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam
tahun 692 Masehi, antara para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur)
& Ghassanid, menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat
yang gugur dalam peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah radhiallahu anhu,
Abdullah bin Rawahah radhiallahu anhu dan Jaafar bin Abi Talib radhiallahu
anhu. Kemudian bertolak ke Karak bagi melihat Karak Castle atau Salahuddin Al-Ayubi Castle
dari bawah (Photo Stop). Mendaftar
masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI 06 : IRBID - SAFAWI - AMMAN [SP/MT/MM]
Selepas sarapan bertolak tebing
Sungai Yarmuk bagi menyaksikan lokasi medan peperangan Yarmuk di antara
sahabat-sahabat Nabi sallallahu alaihe wasalam dan tentera Rom Timur (Bizantin), bertolak ke Safawi bagi menziarahi sebatang pokok yang dikatakan menjadi
tempat berteduh Nabi saw ketika baginda dalam perjalanan ke Bursa, Syria di
waktu umur 12 tahun bersama dengan bapa saudaranya Abu Talib. Kembali ke Amman,
mendaftar masuk hotel dan rehat.
HARI 07 : AMMAN - JORDAN VALLEY - MAKAM NABI SHOAIB ALAIHE SALAM - AMMAN [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi, menziarahi Makam Nabi Shoaib
alaihe salam, saksikan pemandangan indah melalui utara Lembah Jordan untuk
menziarahi makam para Sahabat Nabi sallallahu alaihe wasalam yang gugur syahid akibat
wabak aqmas sejurus kembali dari peperangan Pella, antara makam Dhirar bin
Al-Azwar, Abu Ubadah Al-Jarrah & Shurhabil bin Husnah radhiallahu anhum
dan Laut Mati. Kembali ke Amman, Al Madinah Al Munawwarah Street (masa bebas membeli
halawiyat (manisan) dan cenderahati dari Jordan) serta membeli belah di Jabal
Hussain, hotel, makan malam
dan rehat.
HARI 08 : AMMAN - AIRPORT [SP]
Selepas sarapan pagi,
check out, Masjid Al-Hussaini (masjid tertua di Amman yang dibina di atas tapak
yang diasaskan oleh Umar Al-Khattab radhiallahu anhu, Balad (Old Amman), menziarahi gua Ashabul Kahfi dan ke lapangan
terbang untuk penerbangan pulang.
HARI 09: KLIA [SP]
Ketibaan di jam 1:50 petang dengan selamat, insya-Allah.
Tarikh Perlepasan : March 2016
RM 7390 Seorang
HARGA TERMASUK:
·
Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
dengan Etihad Airways + cukai lapangan terbang.
·
Semua pengangkutan yang terlibat dalam
program.
·
06 malam
penginapan di hotel 3/4 star dengan sarapan pagi, makan tengahari dan malam
seperti dalam aturcara.
·
Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan di
Jordan.
·
Bayaran menunggang kuda di Petra & pemandu
pelancong profesional.
·
Group Visa Jordan & Israil
·
Departure Tax Jordan & Israil
·
Tip pemandu pelancong dan kenderaan.
·
Mineral wáter dan beg kembara
safirgotravel.com
HARGA TIDAK TERMASUK:
·
Tip
porter
·
Perbelanjaan
persendirian dan Insuran Perjalanan
No comments:
Post a Comment