Menyelusuri Sejarah Anbiya dan para sahabat Rasulullah sallallahu alaihe wasalam di Amman, Petra, Laut Mati, Karak, Mu’tah, Jericho, Bethlehm, Hebron, Jerusalem & Al-Aqsa, Tel Aviv, Haifa, Nazareth, Sea of Galilea, Irbid, mount nebo, madaba
(KUNJUNGI PETRA - 7 BENDA AJAIB DI DUNIA (WORLD’S 7 WONDERS) & AL-AQSA TANAH SUCI KE 3 UMAT ISLAM)
9 hari 7 malam VIA QATAR AIRWAYS
‘SESUNGGUHNYA MATA ITU ADALAH JENDELA HATI’
HARI
01: KLIA / DOHA
/ AMMAN
[MT/MM]
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Amman melalui Doha jam 3:00 pagi.
Ketibaan di Lapangan Terbang Queen Alia di Amman,
anda akan disambut oleh wakil kami, menziarahi
gua Ashabul Kahfi, makan tengahari, menziarahi makam Sahabat Nabi sallallahu
alaihe wasalam Abdul Rahman bin Auf radhiallahu anhu di Jbeha, Mount Nebo,
Madaba & mendaftar masuk hotel, makan malam dan
rehat.
HARI
02: AMMAN / IRBID
/ SAFAWI
/ PETRA [SP/MT/MM]
Solat subuh di masjid berhampiran
hotel penginapan. Selepas sarapan pagi, bertolak ke Irbid, bagi menyaksikan lokasi medan peperangan Yarmuk di antara
sahabat-sahabat Nabi sallallahu alaihe
wasalam dan tentera Rom Timur (Bizantin), bertolak ke Safawi bagi menziarahi sebatang pokok
yang dikatakan menjadi tempat berteduh Nabi saw ketika baginda dalam perjalanan
ke Bursa, Syria di waktu umur 12 tahun bersama dengan bapa saudaranya Abu
Talib. Bermalam di Petra.
HARI
03: PETRA / KARAK
/ MU’TAH /
AMMAN [SP/MT/MM]
Solat subuh di Masjid berhampiran hotel penginapan.
Selepas sarapan pagi, lawatan di kota Petra berusia ribuan tahun, tinggalan Arab Nabatean,
lawatan melalui gaung (the Sig), sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana
episod terakhir filem India Jones- The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn
Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street dll. ke Mu’tah bagi menziarahi medan pertempuran peperangan Mu’tah
(peperangan terpenting dalam zaman Nabi Muhammad saw, dalam tahun 692 Masehi, antara
para sahabat r.anhum dan tentera Bizantine (Rom Timur) & Ghassanid,
menziarahi masjid Jaafar bin Abi Talib dan makam para sahabat yang gugur dalam
peperangan Mu’tah: Zaid bin Harithah radhiallahu anhu, Abdullah bin Rawahah
radhiallahu anhu dan Jaafar bin Abi Talib radhiallahu anhu. Kemudian bertolak ke Karak
bagi melihat Karak Castle atau
Salahuddin Al-Ayubi Castle dari bawah
(Photo Stop). Kembali ke Amman, masa bebas
membeli belah. Mendaftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
HARI
04: AMMAN / JERICHO
/ JERUSALEM
[SP/MT/MM]
Solat subuh di Masjid berhampiran hotel penginapan. Selepas sarapan pagi di
hotel, bertolak ke Jerusalem melalui Allenby, terus ke Jericho ziarah tempat
yang dipercayai pernah menjadi persinggahan Nabi Musa alaihe salam (kini
merupakan sebuah masjid), sampai di Jerusalem – menziarahi makam sahabat Nabi
sallallahu alaihe wasalam di tanah perkuburan Bab Ar-Rahmah atau Bab Al-Asbadh;
sahabat unggul & perawi hadis Shaddad bin Aus Al-Bukhari Al-Ansari radhiallahu
anhu, menyertai Bai’ah A-Aqaba’, lahir di Madinah dan meninggal di BaitulMaqdis
58 Hijrah di usia 75 thn. Rasulullah sallallahu alaihe wasalam bersabda
mengenai beliau maksudnya: ”Shaddad adalah dikalangan orang yang dikurniakan
Allah swt dengan ilmu dan kelembutan/Al-Hilm.”
dan makam sahabat Ubadah bin As-Somit Al-Khazraji Al-Ansari radhiallahu anhu,
qadhi Islam yang pertama di BaitulMaqdis, meninggal di Ramlah pd thn 34 Hijrah
di usia 72 thn, juga seorang perawi Hadis Rasulullah sallallahu alaihe wasalam.
Menziarahi Masjid Al-Aqsa yang terdiri
dari Dome of the Rock (Qubbah Al-Sakhra’- (batu tergantung yang mahsyur
kisahnya dalam peristiwa Mikraj Nabi sallallahu alaihe wasalam), masjid
Al-Qiblah, melawat ”The Wailing Wall”
(tempat ibadat orang Yahudi- saksikan sendiri bagaimana mereka beribadat di
sini), hotel, makan malam dan rehat. (JERICHO – terletak berhampiran Sungai
Jordan di Tebing Barat Palestin, kedudukannya di bawah paras laut 16 km ke
utara Laut Mati, ia merupakan lokasi terendah di dunia yang berkekalan dihuni
manusia).
HARI
05: JERUSALEM / HAIFA /
TEL AVIV / NAZARETH [SP/MT/MM]
Solat subuh berjemaah di Masjid Al-Aqsa, selepas
solat pembacaan kitab Hadis. Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Tel Aviv,
photo stop di Tel Aviv Waterfront & Masjid Al-Bahr di Jaffa, ke Haifa –
Istana Bahi’a dan taman 3 gunung yang indah dan ziarahi Masjid Putih (white
mosque) & lawatan orientasi di
Nazareth. Bermalam di Nazareth.
HARI
06 (13/12/15): NAZARETH
/ GALILEA /
HEBRON / BETHLEHEM
/ JERUSALEM [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi; ke
Mount Precipice dan Nazareth Village, ke Tiberia dan Laut Galilee atau Tasik
Tiberia, bertolak ke Hebron bagi menziarahi masjid
Khalilulrahman Nabi Ibrahim alaihe salam dan makam beliau, makam Nabi Ishak dan
isterinya Rifqah, ke Bethlehem tempat yang dipercayai sebagai tempat kelahiran
Nabi Isa as (terletak dalam Gereja Nativity), Makam Nabi Yunus alaihe salam, ke gunung Zaiton (Mount of Olive) di sini
anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Dome of the Rock, menziarahi Old City of Jerusalem
(Muslim Quarter) dari Jaffa Gate - Menziarahi Masjid Umar, melihat dari luar
Church of Holy Sepulcher (dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat Nabi
Isa alaihe disalib) dan sekali lagi anda berpeluang menziarahi Masjid Al-Aqsa (Dome of the Rock, Masjid
Al-Buraq dan lain-lain tempat suci di sekitarnya).
HARI
07: JERUSALEM / AMMAN [SP/MT/MM]
Solat subuh berjemaah di Masjid Al-Aqsa, selepas
solat pembacaan kitab Hadis. Selepas
sarapan pagi di hotel; sekali lagi anda berpeluang menziarahi Masjid Al-Aqsa
dan Masjid Al-Marwani, Old Jerusalem, Gunung Zaitun (Mount Olive)- menziarahi
Masjid Makam sahabat Rasulullah sallalahu alaihe wasalam; Salman Al-farisi
radhiallahu anhu dan selepas makan tengahari bertolak pulang ke Jordan. Masa
bebas membeli halawiyat (manisan) dan cenderahati dari Jordan, makan malam,
mendaftar masuk hotel dan rehat.
HARI
08: AMMAN / LAUT MATI
/ LEMBAH
JORDAN / AMMAN /
AIRPORT [SP/MT]
Solat subuh di Masjid berhampiran hotel penginapan.
Selepas sarapan pagi, masa bebas sebelum check out pada jam 10:00 pagi, bertolak ke Laut Mati, melawat Gua Nabi
Lut alaihe salam, makan tengahari, ke lembah Jordan bagi menziarahi makam para
Sahabat Nabi sallallahu alaihe wasalam yang gugur syahid akibat wabak ahwas
sejurus kembali dari peperangan Pella, antara makam Dhirar bin Al-Azwar, Abu
Ubadah Al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, ‘Amir bin Abi Waqas & Shurhabil bin Husnah
radhiallahu anhum. Ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
HARI
09: KLIA
Ketibaan di KLIA jam 2:10 petang dengan selamat, insya-Allah.
HARGA:
DEWASA
|
WARGA EMAS
|
KANAK-KANAK
3-11 TAHUN
|
||
BILIK BER-2
|
BILIK SINGLE
|
BILIK BER-2
|
BILIK SINGLE
|
BILIK BER-2
|
RM 7990
|
RM 8700
|
RM 7890
|
RM 8600
|
RM 7350
|
JADUAL PENERBANGAN:
KOD FLIGHT
|
SEKTOR
|
ETD/ETA
|
TARIKH 1
|
TARIKH 2
|
TARIKH 3
|
TARIKH 4
|
QR 853
|
KUL/DOH
|
0300/0530
|
08/01/16
|
05/02/16
|
17/03/16
|
28/04/16
|
QR 402
|
DOH/AMM
|
0825/1105
|
08/01/16
|
05/02/16
|
17/03/16
|
28/04/16
|
QR 401
|
AMM/DOH
|
2045/2325
|
15/01/16
|
12/02/16
|
24/03/16
|
05/05/16
|
QR 846
|
DOH/KUL
|
0110/1410
|
16/01/16
|
13/02/16
|
25/03/16
|
06/05/16
|
HARGA TERMASUK:
·
Tiket penerbangan
pergi balik kelas ekonomi dengan Qatar Airways + cukai lapangan terbang.
·
Semua pengangkutan
yang terlibat dalam program.
·
07 Malam penginapan
di hotel 3
atau 4 star dengan sarapan pagi,
makan tengahari dan malam seperti dalam aturcara.
·
Bayaran masuk ke
tempat-tempat lawatan di Jordan.
·
Bayaran menunggang
kuda di Petra & pemandu pelancong profesional.
·
Group Visa Jordan
& Israil
·
Departure Tax
Jordan & Israil
·
Tip pemandu
pelancong dan kenderaan.
·
Mineral wáter dan
beg kembara safirgotravel.com
HARGA TIDAK
TERMASUK:
·
Tip porter
·
Perbelanjaan persendirian dan Insuran Perjalanan
No comments:
Post a Comment