PARIS
Eiffel Tower
Didirikan pada tahun 1889 sebagai pintu gerbang masuk ke World's Fair 1889, Ia di namakan sempena nama jurutera Gustave Eiffel. Menara ini merupakan struktur kedua tertinggi di Perancis, selepas Millau Viaduct. Menari ini mempunyai ketinggian 324 meter (1063 kaki) tinggi.
Triumphal Arch
Salat satu monumen yang paling terkenal di Paris. Ia terletak di tengah-tengah Place Charles de Gaulle, di hujung barat Champs-Elysee, Arc de Triomphe du Carrousel, yang berdiri di sebelah barat Louvre. Kepujian buat pejuang yang mati untuk Perancis dalam French Revolutionary dan perang Napoleon.
BRUSSELS
The Atomium
Ia adalah mercu tanda di Brussels. Ia merupakan seni bina yang unik, yang dicipta sempena World's Fair of Brussels pada tahun 1958, menjadi monumen yang paling popular di ibu negara Eropah.
AMSTERDAM
Gassan Diamond
Tempat untuk melihat berlian kasar bertukar menjadi batu-batu indah yang mempesonakan. Pelbagai maklumat fakta mengenai berlian boleh di ketahui dan di pelajari.
Keukenhof, Tulip Garden
Merupakan salah satu taman bunga terbesar di dunia. Ia terletak di Lisse, Netherlands. Menurut laman web rasmi Keukenhof Park, kira-kira 7 juta bunga yang di tanam setiap tahun di taman ini, yang meliputi kawasan seluas 32 hektar ( 79 hektar )
Dutch Village Zaanse Schans
Sebuah kampung kecil di tebing sungai Zaanse, lengkap dengan rumah yang diselubungi daun kehijauan, melihat kincir angin beroperasi, dan melihat bagaimana keju dan terompah dibuat. Menaiki Canal Cruise yang tersohor.
No comments:
Post a Comment